Syoknya Sains...................

Disini Bermula Segalanya..................
Jom Terokai.........



















Rabu, 21 November 2012

PERUBAHAN KEADAAN AIR

PELEBURAN

1. Pelaburan ialah proses perubahan pepejal menjadi cecair.

2. Contonya apabila ais dibiarkan pada suhu bilik, ais itu akan melebur menjadi air.

 


PENYEJATAN

1. Penyejatan ialah proses perubahan cecair menjadi gas.

2. Proses penyejatan berlaku hanya pada permukaan cecair.

3. Penyejatan berlaku apabila cecair terdedah kepada haba.

4. Penyejatan berlaku pada sebarang suhu.

5. Hal ini berbeza daripada pendidihan kerana proses pendidihan berlaku apabila air dipanaskan sehingga mencapai suhu yang tertentu.

6. Contoh penyejatan ialah mengeringkan pakaian yang basah.

7. Faktor penyejatan ialah :




KONDENSASI

1.Kondensasi ialah proses keadaan gas menjadi cecair.

2. Wap iar (gas) berubah menjadi air apabila disejukkan.






Selasa, 13 November 2012

KEADAAN BAHAN

Bahan terbahagi kepada 3 :


a) Pepejal
b) Cecair
c) Gas

SIFAT-SIFAT BAHAN

A) BAHAN PEPEJAL

1) Contoh pepejal ialah kayu, kaca, meja, kertas dan batu

2) Sifat-sifat pepejal adalah seperti yang berikut :

           a) Mempunyai jisim

          b) Mempunyai isipadu yang tetap

         c) Mempunyai bentuk yang tetap

         d) Tidak dapat mengalir


         e) Tidak dapat dimampatkan

         f) Memenuhi ruang


3) Contoh bahan pepejal :









 








B) BAHAN CECAIR

1) Contoh-contoh cecair adalah air, minyak tanah, petrol, minyak masak dan air sirap

2) Sifat-sifat cecair adalah seperti berikut :

         a) Mempunyai jisim

         b) Mempunyai isipadu yang tetap

        c) Tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengambil bentuk bekas yanng diisinya.

        d) Dapat mengalir

        e) Tidak dapat dimampatkan

        f)  Memenuhi ruang

3) Bentuk cecair berubah mengikut bentuk bekas yang diisinya.

























4) Sesetengah cecair mengalir lebih cepat daripada cecair lain.

5) Contohnya, air mengalir  lebih cepat daripada susu, dan mengalir lebih cepat daripada minyak masak.


C) BAHAN GAS

1) Contoh gas ialah uadara yang kita sedut,gas oksigen dan gas karbon dioksida.

2) Sifat-sifat gas ialah :

         a) Mempunyai jisim

         b) Tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengambil bentuk bekas yang mengisinya.

        c) Memenuhi ruang, tetapi tidak mempunyai isipadu yang tetap

        d) Dapat dimampatkan