Syoknya Sains...................

Disini Bermula Segalanya..................
Jom Terokai.........



















Selasa, 13 November 2012

KEADAAN BAHAN

Bahan terbahagi kepada 3 :


a) Pepejal
b) Cecair
c) Gas

SIFAT-SIFAT BAHAN

A) BAHAN PEPEJAL

1) Contoh pepejal ialah kayu, kaca, meja, kertas dan batu

2) Sifat-sifat pepejal adalah seperti yang berikut :

           a) Mempunyai jisim

          b) Mempunyai isipadu yang tetap

         c) Mempunyai bentuk yang tetap

         d) Tidak dapat mengalir


         e) Tidak dapat dimampatkan

         f) Memenuhi ruang


3) Contoh bahan pepejal :









 








B) BAHAN CECAIR

1) Contoh-contoh cecair adalah air, minyak tanah, petrol, minyak masak dan air sirap

2) Sifat-sifat cecair adalah seperti berikut :

         a) Mempunyai jisim

         b) Mempunyai isipadu yang tetap

        c) Tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengambil bentuk bekas yanng diisinya.

        d) Dapat mengalir

        e) Tidak dapat dimampatkan

        f)  Memenuhi ruang

3) Bentuk cecair berubah mengikut bentuk bekas yang diisinya.

























4) Sesetengah cecair mengalir lebih cepat daripada cecair lain.

5) Contohnya, air mengalir  lebih cepat daripada susu, dan mengalir lebih cepat daripada minyak masak.


C) BAHAN GAS

1) Contoh gas ialah uadara yang kita sedut,gas oksigen dan gas karbon dioksida.

2) Sifat-sifat gas ialah :

         a) Mempunyai jisim

         b) Tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengambil bentuk bekas yang mengisinya.

        c) Memenuhi ruang, tetapi tidak mempunyai isipadu yang tetap

        d) Dapat dimampatkan














10 ulasan:

  1. Maklumat yang ringkas dan tepat.

    BalasPadam
  2. Salam, nota yang menarik berserta gambar yang berwarna-warni. Tahniah kerana dapat menarik minat murid untuk membacanya.

    BalasPadam
  3. maaf, apa maksud pepejal? saya masih x faham

    BalasPadam
  4. maaf, apa maksud pepejal? saya masih x faham

    BalasPadam
  5. Betul ke pepejal dan cecair memenuhi ruang.buku teks sains sk beri penyataan ini.

    BalasPadam
  6. Betul ke pepejal dan cecair memenuhi ruang.buku teks sains sk beri penyataan ini.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.